klik klik,,,, so sweet,,, ase nak cubit jer pipi tu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Sunday, December 9, 2012

Jom kita tgk cara-cara penggunaan SD II :)

Cara Penggunaan

Mudah, ringkas dan 3 minit sahaja!  
Alpha Lipid SD2 amat mudah diamalkan apatah lagi bagi anda yang senantiasa sibuk dengan urusan harian. Kesibukan itu jugalah yang membuatkan anda tidak berkesempatan untuk menjaga kecantikan diri. 


Cara Penggunaan Alpha Lipid SD2


Tiada sebarang peraturan rumit yang perlu anda ikuti dan anda akan mendapat bentuk badan yang diidam- idamkan selama ini. Berikut adalah beberapa perkara yang mesti anda lakukan untuk mencapai hasil yang optima:
  1. Lebihkan pengambilan protein seperti ikan, ayam, daging, seafood, dan sayuran.
  2. Kurangkan makanan berlemak dan bergula seperti coklat.
  3. Penting untuk anda minum 2-3 liter (8 gelas) air sehari

Pengambilan Alpha Lipid SDII sememangnya terbukti untuk menurunkan berat badan. Disiplin diri dan kesetiaan terhadap program diet adalah kunci utama kejayaan anda. Selamat Mencuba!

Untuk sebarang pertanyaan/ pembelian, sila hubungi saya dengan segera: 013-4062718 (Puan Ayien)

10 tips & petua untuk kuruskan badan bersama SD II

PERNAHKAH ANDA tahu beberapa perkara remeh yang anda tak pernah sedar pun, yang buatkan anda Gemuk?!

Berhati-hati dalam rutin harian anda atau anda terpaksa melihat timbangan berat badan anda naik, naik dan naik! Pastikan anda tahu 10 tips dan petua kurus badan ini jika anda betul-betul nak menurunkan berat badan anda dengan cepat.



Untuk lebih mudah, saya asingkan kepada 5 perkara yang anda "MESTI BUAT" dan 5 perkara yang anda sekali-kali "JANGAN BUAT".


5 PERKARA ANDA MESTI BUAT!
  • Ambil Sarapan Pagi
Jangan lupa ambil sarapan, permulaan yang sangat penting! Sarapan memastikan anda tubuh anda bertenaga dan secara langsung meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Secara mudah, metabolisma naik, pembakaran lemak naik, berat badan anda turun!
  • Makan Perlahan-lahan 
Kunyah makanan anda sehingga betul-betul hancur sebelum telan. Ini lebih memudahkan dan mempercepatkan proses pencernaan dalam badan. Jadi, kesemua makanan tersebut dapat diuraikan dengan cepat (termasuk lemak) dan semua nutrisi penting dapat diserap oleh badan dengan lancar.
  • Minum Air Secukupnya
Wajib bagi anda minum 8 gelas / 2-3 liter setiap hari. Air membantu melancarkan semua proses dalam badan. Yang paling penting bagi anda yang nak kurus dengan cepat, air adalah medium untuk penyingkiran lemak yang telah diuraikan, iaitu melalui air kencing dan perpeluhan. 
  • Masak Sendiri
Rajinkanlah diri anda untuk masak di rumah berbanding makan di luar. Masakan sendiri buatkan anda betul-betul tahu kandungan makanan anda, tidak seperti makanan di luar, mengandungi banyak lemak / gula tersembunyi.
  • Lakukan Senaman Ringan
Anda nak kuruskan badan dengan cepat kan? Mengapa tidak anda optimumkan kesannya dengan senaman ringan. Cukup anda berjalan-jalan di taman perumahan anda, atau anda park kereta anda jauh sedikit dari pintu masuk pejabat anda. :)

5 PERKARA ANDA JANGAN BUAT!
  • Jangan Berlapar
 Jangan tak makan! Pastikan anda makan sekurang-kurangnya 3 meal/ hidangan utama setiap hari. Tubuh kita memerlukan tenaga untuk bekerja. Lalu, bagaimana tubuh anda nak bakar lemak jika tenaga tidak dibekalkan.
  • Jangan Ambil Garam Berlebihan
Fakta: Garam akan menyebabkan penakungan air dalam badan anda. Ini akan menyebabkan anda "gemuk air". Jadi,, kurangkanlah garam sebaik mungkin.
  • Jangan Minum Minuman Bergula, Bergas, & Berkafein
 Elakkan minuman bergula/ bergas kerana kandungan gula yang berlebihan dalam badan menyebabkan anda gemuk. Minuman berkafein pula akan merendahkan kadar metabolisma badan anda.
  • Jangan Makan Junk Food / Makanan Ringan
Junk food mengandungi pelbagai bahan yang tidak baik untuk tubuh anda. Sebagai contoh kandungan garam/ gula yang berlebihan. Malah, ia tidak membuatkan anda berasa kenyang membuatkan anda makan dengan lebih banyak tanpa disedari. 
  • Jangan Timbang Berat Anda Setiap Hari
Timbang hanya sekali dalam seminggu. Ini akan membantu anda untuk kurus dengan cepat dari segi psikologi. Apakah perasaan anda jika anda lihat tiada penurunan berat badan berlaku? Kecewa bukan? Nah, mana mungkin anda nampak hasilnya jika anda timbang berat anda setiap hari.

Call/ SMS saya di 013-4062718 (Puan AYIEN) untuk mengetahui info lanjut SECARA PERCUMA!
Saya akan terangkan secara menyeluruh 
"BAGAIMANA ANDA NAK KURUS DENGAN ALPHA LIPID SD2!"

Harga Alpha Lipid SD2 Yang Murah Di Pasaran?

Mawar nak beri nasihat kepada bakal pengguna Alpha Lipid SD2 yang masih tercari-cari harga bagi produk pelangsingan terhangat ini. Jika anda terjumpa penjual/ pengedar yang menjual ALSD2 ini pada harga yang murah dan di bawah harga pasaran, anda jangan tertipu!

Kalau anda ingin tahu harga pasaran bagi produk pengurusan badan Alpha Lipid SD2 adalah RM180 (harga 1 tin bukan ahli). Tetapi, jika anda menjadi ahli di mana anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk seumur hidup, anda akan menikmati diskaun ahli sebanyak RM30 untuk setiap tin ALSD2. Ini bermakna anda mendapat harga RM150 sahaja untuk 1 tin ALSD2. Namun begitu, terdapat penjual dan pengedar yang menjual pada harga yang tidak munasabah iaitu pada paras harga bawah RM150. Ini sama sekali tidak mungkin berlaku kerana sebagai pengedar yang sudah lama sekalipun, anda sekali-kali tidak akan mendapat harga modal di bawah paras tersebut.  Jadi hanya ada satu sahaja kemungkinan iaitu produk Alpha Lipid SD2 tersebut adalah tiruan!

Apakah perbezaan yang boleh anda lihat antara kedua-dua tin Alpha Lipid SD2 di atas?
Sebelah kiri: Tiruan, Kanan: Tulen



Produk tiruan ALSD2 ini boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan anda. Malahan, pihak syarikat juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ditimpa kecelakaan jika menggunakan produk tiruan Alpha Lipid SD2 ini. Anda boleh rujuk artikel berkenaan peringatan syarikat New Image terhadap perkara ini di dalam Utusan Malaysia di bawah :
 
Anda ada terbaca Utusan Malaysia pada 23 Ogos yang lepas? Pihak syarikat NZ New Image Sdn. Bhd. telah memberi peringatan kepada kita semua tentang wujudnya produk tiruan Alpha Lipid Slim Diet 2.

Anda perlu memeriksa batch code, manufacturing date dan barcode di bawah setiap tin Alpha Lipid SD2 yang anda beli. Jadi, saya harap anda tidak tertipu dengan produk tiruan ALSD2 yang terdapat di pasaran. Pastikan anda mendapatkannya daripada pengedar yang bertauliah seperti saya sahaja.
Walaupun anda nak kurus dengan cepat, jangan sampai anda pula yang menjadi mangsa!

Berikut ialah gambar keratan akhbar daripada Utusan Malaysia:
 
 
 
Oleh itu, jangan kerana mahu berjimat sedikit, anda merana seumur hidup di kemudian hari. Pastikan anda mendapat produk yang asli dan tulen dari kami. Hubungi 013-4062718 (Puan Ayien) untuk pembelian/ maklumat lanjut. Terima kasih.
 
 

Wednesday, March 21, 2012

Selamat Tinggal Kawan-Kawanku Di Politeknik Muadzam Shah


Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
======
Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

Tiga Jenis Kawan

Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.
                                                             


                 Bakal-Bakal Lawyer....hihi ker business Women....


  
 
Seberkas kasih membuat kita sayang
seucap janji membuat kita percaya
sekecil luka membuat kita kecewa
tapi persahabatan kita selamanya bermakna

 
Cantik kan permandangan di depan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia





 dengan senyuman dapat kita lihat kebahagiaan


 

Sahabat tidak kira usia atau pangkat

 Apapun yang terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything’s gonna be OKAY


 “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)

 “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).


 walaupun kita hanya baru menjadi kawan rapat,,, tapi selamat berapa bulan ni aku dapat mengenali hati budi si dia,,, semoga persahabatan ini bukan separuh jalan,,,, selepas aku tglkan poli ni hope si dia mendapat kawan utk berkongsi suka dan duka bersama....


 Lecture yang terbaik punyer...... Terima Kaseh ,, Jasamu Akan ku kenang,,

 Seronok berkawan dengan kamu,,, sporting gurll,,,, xpernah jumpa kawan yang sanggup bersusah demi kawan nya....


 Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. 
 

 Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia  supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.
 

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.


 Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

 Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

 Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri



 Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

 Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan












sekian sudah kata-kata hikmah ku untuk semua,,,,,, semoga kawan-kawan ku berjaya di dalam hidup dan juga akhirat,,,,

Friday, February 3, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, December 22, 2011

PERKHIDMATAN DOBI DAN PRINT

PERKHIDMATAN PRINT
print berwarna hitam = RM 0.20
print berwarna    = RM 0.50 @ RM 1.00


PERKHIDMATAN DOBI
1KG = RM 3


PERKHIDMATAN KELUAR BALIK
KE KUANTAN
(min 3org/max 4org)
*** khas untuk pelajar perempuan
*** boleh keluar jalan2 ke kuantan
sebarang pertanyaan sila hubungi

ayien = 012-3732041/014-7932371
bilik 2-G-02

Wednesday, June 22, 2011

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
 
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf, CINTA!" kata     KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

 "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak- isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, “oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya
WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

CINTA KEPADA ALLAH CINTA RASUL CINTA IBU BAPA CINTA KEPADA UMMAH CINTA KEPADA KECEMERLANGAN
MARI..KITA SEMUA... CINTA LIMA PERKARA..