klik klik,,,, so sweet,,, ase nak cubit jer pipi tu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Wedding tickers

Wednesday, June 22, 2011

CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA,KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN,
KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
 
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf, CINTA!" kata     KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

 "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut.Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak- isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

"Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, “oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu. "Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. "Sebab", kata orang itu, "hanya
WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

CINTA KEPADA ALLAH CINTA RASUL CINTA IBU BAPA CINTA KEPADA UMMAH CINTA KEPADA KECEMERLANGAN
MARI..KITA SEMUA... CINTA LIMA PERKARA..

Monday, June 13, 2011

NERAKA UNTUK 7 ANGGOTA

ALLAH menyediakan tujuh pintu neraka jahanam. Menurut ulama, tujuh pintu neraka itu disediakan untuk salah satu daripada anggota tubuh kita iaitu mata, telinga, lidah, perut, tangan, kemaluan dan kaki.

Mata = adalah pemberian Allah yang amat besar dan tidak terkira nilainya. Dengan mata, kita dapat menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah supaya kita lebih bertakwa.


Mata yang dianugerahkan bukan untuk melihat wanita yang bukan mahram, wanita seksi, memandang keaiban sesama masyarakat atau menghina saudara Muslim yang serba kekurangan.


Telinga = hendaklah dipelihara daripada mendengar umpat keji, percakapan kotor atau perkara bidaah. Gunakan telinga untuk mendengar bacaan ayat suci al-Quran dan kalimah Allah atau untuk menuntut ilmu agama.


Lidah = hendaklah digunakan untuk berzikir, memuji kebesaran Allah serta menyampaikan kebenaran kepada sesama manusia dan menyeru ke jalan Allah.Lidah juga perlu digunakan bagi menyampaikan ilmu agama dan bukan untuk memfitnah sesama sendiri.

Jika kita tidak menjaga lidah secara lisan, ini amat buruk risikonya kerana boleh menyebabkan berlaku perkara tidak diingini. Akibatnya, boleh menjerumus ke neraka.

Dusta adalah ibu segala dosa dan perbuatan itu boleh mendatangkan pertengkaran dan menjejaskan kewibawaan dan kepercayaan masyarakat kepada kita.

Perut = Memelihara perut amat penting. Kita perlu mengelak daripada mengisi dengan makanan haram.
Perut juga jangan diisi berlebihan kerana perbuatan itu boleh mendatangkan kemudaratan seperti membekukan hati, melemahkan badan dan membuatkan kita malas untuk beribadat.


Justeru, Islam menggalakkan kita bersikap sederhana apabila menghadapi makanan dan mengisi perut dengan rezeki yang halal.

Kemaluan = Ia perlu dipelihara daripada perkara yang haram. Tutup aurat dan jauhkan daripada menonton filem lucah yang menaikkan nafsu syahwat. Bahaya menanti kita jika gagal mengawal nafsu yang akhirnya membawa kepada perkara maksiat, mencabul kehormatan, rogol dan perbuatan yang dilaknat Allah.

Tangan = Anugerah Ilahi ini perlu dipelihara dan digunakan untuk perkara kebaikan seperti menolong orang, mencari rezeki halal, menentang segala kezaliman, menulis perkara yang baik umpamanya menulis ilmu pengetahuan dan panduan untuk masyarakat, bukan menulis kejahatan orang atau memfitnah sesama Muslim.


Kaki = Gunakan untuk menuju jalan yang diredai Allah, bukan untuk menjejaki tempat maksiat seperti disko, kelab malam, rumah urut dan tempat perjudian.Gunakan untuk ke masjid bagi berjemaah, meramaikan majlis kenduri dan segala macam bentuk kebaikan. Maka, gunakan kaki untuk melangkah ke syurga.

semoga anda sentiasa menjaganya...........taubatlah anda,,,,,

Sunday, June 12, 2011

JALAN MENUJU KEJAYAAN


ASSALAMMUALAIKUM SEMUA,,,,,,, baru-baru ni mawar ada terbaca tentang "jalan menuju kejayaan". so mawar nak share kan kepada rakan-rakan apa yang mawar bace,,, disebalik cerita yang mawar nak share kan ni ada kejadian,, dulu masa mawar belajar,, mcm2 dugaan yang menimpa,,, kadang-kadang kita x boleh terima,,, dugaan tersebut termasuk lah pelajaran,persahabatan,perhubungan dan kewangan..... mawar sll mengambil masa untuk berseorangan untuk memotivasikan diri,,,,,, belajarlah memotivasikan diri,,,,,,,jemput-jemput baca tentang JALAN MENUJU KEJAYAAN........
Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.

Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :
"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).

Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu.

Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".

Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:
"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).

Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar,innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya. membaca selalu
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".

Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklah bertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:
"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".

Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).

semoga anda mendapat ilmu yang manfaat untuk dijadikan teladan...kesimpulan yang mawar buat ialah, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan. DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH......

PUNCA SIFAT HASAD



HASAD ialah penyakit hati yang sangat kronik. ia ibarat penyakit HIV 
pada jasad lahir. sebelumkita mengubatinya jom kita mengetahui apakah sebab dan puncanya...

  • SOMBONG - sombong ni ialah apabila seseorang merasa dirinya lebih baik, lalu menghina org lain dan akhirnya menolak kebenaran. kalau kamu semua nak tahu prinsip hidup org yang sombong adalah "ana khairun minhu" (aku lebih baik drpdnya).. sifat ini menyebabkan syaitan berasa dirinya lebih hebat drpd Adam a.s kerana ia dicipta drpd api. oleh sebab itu, kelebihan yang diberikan Nabi adam a.s dirasakan sepatutnya diberikan kepadanya. apabila Allah memutuskan sebaliknya, timbul penyakit hasad dalam diri iblis. itu yang mendorongnya mengeluarkan ucapan dan tindakan untuk menghilangkan nikmat drpd Nabi Adam . walaupun ia tidak mungkin mendapat lagi mendapat kelebihan itu daripada Allah, tetapi dia rasa puas sekiranya nikmat itu terlucut daripada Adam. begitu buruknya sifat HASAD. malangnya, didunia ini ramai yang meniru sikap iblis


  • TERLALU CINTAKAN DUNIA - nikmat dunia seperti harta, jawatan, kemasyarakatan, dan lain2 bukan utk dicinta tetapi dimanfaatkan bagi mendekatkan diri kepada Allah dan berkhidmat kepada manusia. Sayangnya, angkara hawa nafsu menyebabkan manusia terpesona dengan nikmat dunia lalu berlakulah bermacam-macam-macam kejahatan. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : " cinta dunia kepala kejahatan ". (riwayat al-baihaqi dan Ibn al-dunya) untuk selamat dunia hendaklah dijadikan alat bukannya matlamat. jarang orang berasa hasad kerana melihat orang lain lebih banyak amal ibadat dan lebih tinggi akhlak. kebanyakkan atas sebab-sebab duniawi bukannya ukhrawi. 
 tipu sapa x mcm ni,,,, sukar mencari yang betul2 khusyuk,,,,

  ni jeles pon xtentu tempat,,kalau jeles kne la bersaing secara elok





                      dekatkan hatimu kepada yang satu iaitu:

SUKA BOY BEFORE FLOWER,,,,,,,,

cerita BBF bi kan dah lama....tapi saya baru habis tengok hari ni,, 
lambat betul saya ni,,,aduii,,, tapi ceritanya romantik sangat,,,
bila saya bosan jer mesti tengok cerita korea,,,
tunang saya buzy n kadang-kadang mood dia x berapa ok,,
bila layan cerita cam ni dapat mengubat hati,,
 bila time romantik je mula lah teringat tunang saya ni...



kadang-kadang sampai lenguh punggung ni duduk je tgk movie,,
hehhehehe

 

geum jan di ni so sweet kan,,,,, geram tgk mata dia ,,
ala ala pakai contex len jer,,,,
ni nanges bila teringat yang contex len saya dah terlebih tarikh luput,,
so xpakai la contex len,,,kne tggu gaji awu blh beli,,,hehhehe

  
jejaka-jejaka hensem dalam BBF ni mang membuatkan mata2 anda 
xberkelip,,,,, (tipula lau korg tgk berkelip-kelip) hehehehe



yang ni plak carta organisasi BBF.....hahaha
bukan lah,,,ni la pelakon-pelakon dlm ni,,,,

Jan di tu lau buat muka mcm mna pon tetap ciut kann...
gerammm tgk muka dia,,,,








 ji hoo dgn jandi ni sesuai kan,,, tapi 
dgn jun pyo jgk,,,,
tapikan,,,,,saya nak lepas bosan jer,,,,
tunang kan buzy,,,
tgl la saya sesorang,,,,
so daripada buat benda2 merapu (curang)
bek tgk movie,,,,,...
lg bgs kan,,,,,
apa2 pon SAYA SAYANG TUNANG SAYA,,,
saya je boleh sayang,,, orang len x bolehhhh

Tuesday, June 7, 2011

pertunangan mawar untuk aiman

glitter-graphics.com

SELAMAT BERTUNANG
AIMAN AYIEN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. 


 
"Ikatan hati antara dua insan adalah satu ANUGERAH...
yang akan membuat mereka saling TERTAWA, MENANGIS, MENERIMA, MEMBERI & yang paling PENTING...ianya membuatkan seseorang menghargai ikatan itu...."

 Jika Kau Jadi Bintang Jadi Lah Yang Paling Terang,,,Jika Kau jadi Mimpi Jadi Lah Yang Paling Indah,,,Jika Kau Mengenal Aq Jadi Lah Yang Terbaik Yang Pernah Aq Kenal,,,,,,??????
“Ya Allah kekalkan cinta kami di dunia dan di akhirat. Ya Allah masukkan kami ke dalam surga Firdaus-Mu agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya. Amin.”

Cinta ibarat menggenggam setangkai bunga mawar..semakin keras kita menggenggamnya akan semakin terasa duri yang menusuk tetapi semakin lemah kita menggenggamnya akan semakin mudah angin menerbangkannya

.....mawar dan lolli.....


glitter-graphics.com
Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar. 


glitter-graphics.com
 
my family yang tercinta



"Hiasi tidurmu dengan titan air SEMBAHYANG...
Lelapkan matamu dengan kalimah SYAHADAH...
Alaskan tidurmu dengan DOA....
Moga dirimu mendapat RAHMAT dari NYA..." 





"JAUH itu ada jarak yang terpisah...
JAUH itu ada ruang yang memisah...
JAUH itu DUA INSAN yang terpisah...
Namun JAUH itu ada RINDU yang tak sudah...."



glitter-graphics.com



Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ... 

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...


glitter-graphics.com



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...


glitter-graphics.com

glitter-graphics.com

" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan... 
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.




 


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
 Crazy Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 


glitter-graphics.com

 
glitter-graphics.com